Tiada kesalahan, kes berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam

15 Jun 2022 • 2:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Kawalan keselamatan di dalam dan luar Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan bola sepak pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Bangladesh pada Selasa berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, seramai 1,500 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan berkawal bagi memastikan keadaan keselamatan orang ramai terjamin.

“Tiada kesalahan dan kes berlaku sepanjang perlawanan yang berlangsung semalam (Selasa).

“Keadaan kawalan keselamatan lancar dan bagus,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, Malaysia berjaya menamatkan penantian lebih empat dekad untuk melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023 dalam suasana penuh emosi di Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Kemenangan disaksikan 52,964 penonton itu, membolehkan pasukan negara mengumpul keseluruhan enam mata untuk menamatkan kempen kelayakan di kedudukan kedua di belakang Bahrain, sekali gus mengesahkan kemaraan ke Piala Asia 2023, selaku antara lima naib juara terbaik kumpulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved