Tiada Kewarganegaraan Automatik Untuk Anak Lahir Luar Negara Daripada Ibu Malaysia

LocalPolitics
5 Aug 2022 • 1:42 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mahkamah Rayuan - Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR – Kerajaan berjaya menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada September lalu, mengenai pemberian kerakyatan sama rata kepada anak dilahirkan di luar negara daripada ibu warganegara Malaysia.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menyaksikan majoriti ‘dua-satu’ itu, mengetepikan keputusan memberikan layanan sama rata terbabit.

Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said yang mempengerusikan panel tiga hakim, membuat keputusan majoriti bersama seorang hakim, Azizah Nawawi, manakala seorang lagi hakim, S Nantha Balan tidak bersetuju dan menolak rayuan kerajaan itu.

Tiga perayu, iaitu kerajaan, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran memohon penangguhan kes terhadap Suriani Kempe dan enam ibu lain. – The Vibes, 5 Ogos 2022

Berita Lanjut Menyusul

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved