Tiada kompromi ke atas pihak jual produk tiruan

LocalPolitics
21 Aug 2024 • 1:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memandang serius isu penjualan produk atau barangan tiruan, termasuk minyak pelincir, di daerah ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Tawau, Sam Aminudin berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan tegas berdasarkan undang-undang.

Menurutnya, meskipun pihaknya belum menerima sebarang aduan penjualan barang tiruan di daerah ini, KPDN akan terus membuat risikan premis perniagaan, termasuk di stesen-stesen minyak.

Beliau juga meminta kerjasama pemegang produk supaya memberikan maklumat berkaitan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut diambil, sekali gus dapat melindungi hak-hak pengguna.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Peniaga atau individu yang didapati terlibat aktiviti menjual barang tiruan boleh dikenakan tindakan dan siasatan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Cap Dagangan 2019 dan Perintah Perihal Dagangan,” katanya.

Katanya, akta-akta terbabit adalah untuk melindungi pengguna kerana tidak mahu terdapat pihak membuat representasi palsu atau mengelirukan dari segi jenis, standard, gred, kualiti, gaya atau model tertentu bagi sesuatu produk.

Beliau ditemui media sempena majlis ‘kenali yang palsu, memastikan ketulenan, melindungi kualiti’ anjuran Shell Malaysia dengan kerjasama Teck Guan Trading Sdn Bhd, di sini, pada Selasa. Hadir sama, Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzaini Husain dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Teck Guan Group, Datuk Hong Kim Fah.

Sam berkata, antara sebab peniaga menjual barang tidak berkualiti atau tiruan adalah kerana ingin mengaut keuntungan lebih, tidak memikirkan masalah, atau musibah dan faktor keselamatan yang bakal dihadapi pembeli ketika menggunakan produk tersebut.

Sedangkan, katanya pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang baik, berkualiti dan selamat (bukan tiruan).

Tambahnya, bagi kesalahan mengikut Seksyen 25 Akta Perlindungan Pengguna 1999, peniaga boleh dikenakan denda sehingga RM250,000 untuk pertubuhan dan RM100,000 kepada individu serta penjara tiga tahun.

Bagi kes pemalsuan produk minyak pelincir pula, katanya, KPDN dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) sudah mencadangkan jalan penyelesaian dengan pelaksanaan ‘Genuine Product Certification Scheme’ iaitu pensijilan dan rujukan standard.

Sementara itu, Shairan berkata, isu penjualan minyak pelincir tiruan adalah membimbangkan kerana boleh memberi kesan negatif kepada reputasi, jenama dan pemilik perniagaan, malah berbahaya kepada pengguna.

Menurutnya, hasil ujian makmal ke atas sampel produk dijual di platform e-dagang dan juga peruncit yang mendakwa menjual produk minyak pelincir Shell tulen, mendapati 20 daripada 105 botol yang dijual adalah tiruan.

Justeru, beliau menzahirkan penghargaan kepada pihak penguatkuasa dan pemilik perniagaan yang memberi perhatian serius terhadap isu terbabit atas usaha mereka memerangi aktiviti pembuatan dan pengedaran minyak pelincir tiruan.

“Shell Malaysia juga akan terus mendidik pengguna tentang cara membezakan minyak pelincir tulen Shell dan akan membendung produk tiruan yang dijual di saluran tidak sah,” katanya lagi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.