
Kota Kinabalu: Adakah kesudahan nahas udara Nomad pada 6 Jun 1976 berbeza sekiranya pembantu juruterbang Kevin Leonard Sario tidak didesak untuk menyerahkan kerusinya pada saat-saat akhir oleh juruterbang Kapten Gandhi Nathan kepada Johari Stephens?
Kol (U) Omar bin Saman dari Jabatan Penerbangan Awam di Kuala Lumpur, Pengarah Operasi Penerbangan dan Ketua Inspektor Kemalangan dalam penerbangan udara yang menyiasat tragedi itu, berpendapat demikian.
Ini adalah antara teori yang dikemukakan pada siasatan koroner yang diadakan terhadap tragedi Double Six, sebagaimana ia dikenali, tiga tahun kemudian.
Johari ialah anak kepada Ketua Menteri baru dilantik ketika itu, Tun Mohd Fuad Stephens, dan merupakan antara 11 - termasuk separuh daripada Menteri Negeri - yang terbunuh apabila Nomad itu terhempas pada 3.41 petang hari itu.
