Tiada Lagi Iklan “Banner” Atas Video YouTube Bermula Bulan Hadapan

TechnologyDigital
7 Mar 2023 • 8:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

YouTube kini mengubah polisi pengiklanan mereka, dan menyatakan tidak lagi akan menyokong pengiklanan berbentuk “Overlay” pada video di YouTube bermula 6 April 2023 kelak.

image is not available

Bagi yang tidak mengenali akan iklan berbentuk “overlay”, ia merupakan iklan yang dipaparkan di atas video yang dimainkan dalam bentuk gambar atau apa yang kita sering panggil sebagai iklan “banner”.

Langkah ini diambil oleh YouTube dalam memastikan pemberian pengalaman tontonan video yang baik tanpa menganggu kepada pengguna.

Sebagai alternatif, para pengiklan boleh memilih kaedah pengiklanan yang lain, seperti sebelum video, selepas video, atau pada pertengahan sesuatu video di YouTube.