
KUALA LUMPUR: Penyanyi rap terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet berkata beliau tidak akan menghasilkan lagu baharu bagi mengiringi kempennya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.
Altimet yang menjadi calon Pakatan Harapan (PH) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya sebelum ini pernah menghasilkan lagu berjudul Aduh Malaysia, yang digunakan pemimpin serta penyokong PH sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Mungkin kita keluarkan lagu lain yang tiada kena mengena hari ini (pilihan raya),” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang di sini hari ini.
Ketua Cabang PKR Ampang itu berdepan pertandingan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang juga Exco Dewan Muslimat PAS Selangor.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Altimet, 44, berkata beliau mahu menjadikan Lembah Jaya sebagai kawasan yang mesra didiami segenap lapisan masyarakat, selain membantu penduduk mendapatkan insentif serta bantuan ditawarkan kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Sharifah Haslizah yang mesra dipanggil Cikgu Sharifah menyatakan tidak gentar berdepan Altimet di kerusi yang boleh dianggap kubu kuat PKR itu.
Katanya beliau sudah biasa dengan masyarakat Lembah Jaya memandangkan pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 2013 dan sering melakukan kerja-kerja kebajikan di situ.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Haniza Talha yang mewakili PKR menang dengan majoriti 14,790 undi mengatasi Muhamad Nizam daripada Barisan Nasional (BN), Khasim Abdul Aziz (PAS) dan Norizwan Mohamed (PRM).
