Tiada larangan guna dekorasi perayaan bukan Islam, selagi patuh prinsip halal – Menteri Agama

LocalPolitics
20 Dec 2025 • 4:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tiada larangan dikenakan kepada pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menggunakan imej, ilustrasi atau dekorasi berkaitan perayaan agama selain Islam, selagi ia tidak menjejaskan prinsip halalan thoyyiban.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata penggunaan dekorasi, imej, hiasan dan ilustrasi perayaan bukan Islam yang bersifat tidak kekal pada produk makanan adalah dibenarkan.

Tiada larangan guna dekorasi perayaan bukan Islam

Bagaimanapun, beliau menegaskan penggunaan peralatan sembahan adalah tidak dibenarkan, manakala dekorasi dan hiasan premis tidak boleh membabitkan paparan SPHM serta imej logo halal SPHM.

“Keputusan ini selaras dengan ketetapan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2023 yang memutuskan tiada larangan terhadap pemegang SPHM menggunakan imej, ilustrasi atau dekorasi berkaitan perayaan agama selain Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Kenyataan beliau merujuk kepada isu dekorasi hiasan perayaan tertentu di bahagian dapur atau hotel yang mempunyai SPHM, selaras dengan ketetapan JAKIM pada 2023 yang memutuskan tiada larangan terhadap pemegang SPHM menggunakan imej, ilustrasi atau dekorasi berkaitan perayaan agama selain Islam.

Zulkifli berkata, sikap saling hormat-menghormati kepelbagaian budaya dan agama adalah sebahagian daripada identiti masyarakat majmuk di Malaysia.

Sehubungan itu, pihak industri digalakkan terus mematuhi piawaian halal sedia ada tanpa mengetepikan aspek keharmonian kaum dan agama.

Beliau turut menasihatkan hotel serta premis makanan yang memiliki SPHM supaya sentiasa merujuk pihak berkuasa pensijilan halal berkaitan bagi mendapatkan panduan dan penjelasan tepat dari semasa ke semasa.

image is not available

“Kerjasama erat antara pihak berkuasa agama Islam negeri, JAKIM dan pemain industri penting bagi memastikan dasar serta garis panduan halal dilaksanakan secara berhemah, sekali gus memelihara kesucian pensijilan halal Malaysia dan keharmonian masyarakat,” katanya.

Sumber: FB Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM