Tiada larangan untuk warga asing beli minyak masak peket bersubsidi – Menteri KPDN

9 Jan 2024 • 8:12 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, mengesahkan hari ini bahawa tiada undang-undang yang melarang warga asing membeli minyak masak peket bersubsidi di pasaran.

Beliau menjelaskan, walaupun warga asing dibenarkan membeli produk tersebut, peruncit hanya dibenarkan menjual maksimum tiga peket kepada setiap individu.

“Pembelian kita kawal had tiga peket,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.

Tambahnya, walaupun larangan boleh dikenakan kepada warga asing, ia memerlukan pelaksanaan oleh peruncit.

“Kalau ambil gambar boleh tapi apa mekanisme dia,” soal beliau, menunjukkan kerumitan proses tersebut.

Media sebelum ini melaporkan ada peniaga yang menjual minyak masak peket sekilogram bersubsidi kepada warga asing tanpa sebarang kawalan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved