Tiada letupan, gegaran kuat berlaku di Machang - Polis

LocalPolitics
7 Dec 2024 • 11:54 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Polis mengesahkan tiada sebarang aktiviti yang menggunakan bahan letupan atau kebakaran hingga kononnya berlaku letupan dan gegaran kuat di Kampung Kelaweh, Machang hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata polis ada menerima maklumat itu daripada seorang lelaki yang ketika itu berada di beranda rumahnya di kampung tersebut dan mendakwa terdengar bunyi kuat di ruang udara dipercayai sebuah pesawat jet pada 1.30 pagi tadi.

Beliau berkata pada 9.15 pagi tadi, polis mengesan beberapa komen di laman sosial berkaitan letupan dan gegaran itu yang telah menjadi tular.

“Kejadian itu tidak ada dan orang ramai dinasihatkan agar jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menggusarkan masyarakat berkaitan sesuatu yang tidak benar,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved