‘Tiada masalah berlakon menangis di depan kamera’ – Nabila Huda

4 Jul 2024 • 3:25 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelakon versatile, Nabila Huda, diberikan apa saja watak, sudah tentu dapat menjiwainya dengan baik dalam setiap lakonannya, termasuklah babak menangis.

Dalam temu bual dengan penyampai radio Era FM, Nabila bagaimanapun mendedahkan dia juga mempunyai kelemahan iaitu menjadi pengacara di hadapan kamera.

Sebelum ini dia pernah menjadi pengacara, tetapi sehingga kini Nabila merasakan dirinya gagal memberikan yang terbaik.

Bagaimanapun, jika diberi babak menangis di depan kamera, tiada masalah untuk dia berbuat demikian. Kali terakhir melakukan babak menangis adalah semasa memegang watak Sarina dalam drama popular, ‘Lelaki Itu’.

Nabila memaklumkan, dia pada ketika ini juga sedang membawa watak sebagai penyondol untuk sebuah drama di platform TikTok.

“Sekarang saya tengah memegang watak penyondol, sangat susah. Tetapi apa yang saya tak boleh buat di depan kamera adalah mengacara. Sampai sekarang saya rasa itu bukan jiwa saya. Masih rasa macam janggal dan tak sampai.

“Kalau berlakon, pacak saja kamera, saya dah tahu apa yang perlu dilakukan, dah macam selari dengan jiwa, darah.

“Kalau sedang menjiwai karekter dan disuruh menangis depan kamera, bukan masalah. Tapi kalau sekarang disuruh menangis (saja-saja), eh banyak kau punya cantik,” selorohnya.

Temu bual tersebut sudah tentu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengaitkan kata-kata Nabila itu dengan isu seorang pelakon wanita yang baru-baru ini memaklumkan dia tidak pandai berlakon menangis di depan kamera.

image is not available
Sumber: Instagram Era FM

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved