Tiada masalah potong gaji: Muslimin

Politics
25 Jun 2022 • 2:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA BHARU - "Demi menambah tabungan, saya tiada masalah," kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Muslimin Yahaya mengenai cadangan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz supaya memotong 20 peratus gaji menteri bagi membantu rakyat meningkatkan kos sara hidup.

Muslimin berkata, ketika pemerintahan Perikatan Nasional, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melaksanakan pemotongan gaji beberapa bulan selepas angkat sumpah menteri kabinet ketika itu.

"Jika perlu menambah tabungan negara, saya sanggup dan tiada masalah," katanya kepada pemberita selepas Perasmian Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Kelantan sempena 100 Tahun Gerakan Koperasi pada Sabtu.

Selain itu, Muslimin berpendapat menteri lain juga akan bersetuju jika kerajaan melaksanakan perkara itu.

Hadir sama pada perasmian berkenaan ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa, Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Negeri Kelantan, Saiful Adli Abu Bakar dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia negeri Kelantan, Zainudin Mohamed.

Pada Jumaat, Rafidah mencadangkan pemotongan gaji menteri bagi menunjukkan empati terhadap negara ketika rakyat bergelut dengan krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19 dan krisis Rusia-Ukraine.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved