Tiada pematuhan SOP semasa kebakaran Butik Elrah Eksklusif, netizen minta menteri siasat tindakan pengasas & pekerja

26 Mar 2024 • 10:20 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sebuah butik pakaian terkena Elrah Eksklusif, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi dilaporkan terbakar beberapa hari lalu.

Menerusi satu laporan, kebakaran berpunca daripada longgokan kotak di ruangan tangga tingkat tiga bangunan tersebut.

Ekoran insiden tersebut, dua orang pekerja butik itu mengalami sesak nafas dan menerima rawatan lanjut di Hospital Serdang.

Insiden berkenaan turut tular di media sosial apabila pengasas Elrah Exclusive, El Azman berkongsi detik cemas tersebut.

Bagaimanapun, rakaman video berkenaan mengundang persoalan ramai apabila dilihat pengasas berkenaan dan pekerjanya tidak mematuhi SOP kebakaran.

Netizen syak owner buat content?

Dalam satu hantaran, lelaki ini turut meminta perhatian dari Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung isu berkenaan. Tidak kurang juga ada yang menyatakan video tersebut seolah sebagai satu content menarik perhatian ramai.

“Video penuh cinematic ini boleh menjejaskan kredibiliti pihak kerana kelihatan seperti tiada pematuhan SOP apabila orang awam dilihat sibuk terlibat memadam kebakaran sewaktu anggota bomba sedang bertugas yang membahayakan nyawa semua pihak.

“Mohon juga siasatan forensik bomba dibuat teliti untuk kenal pasti punca kebakaran sebenar dan kelemahan pihak Elrah jika ada dalam sediakan sistem cegah kebakaran.

“Netizen ramai syak ini content semata, kalaulah betul maka ia adalah penyalahgunaan perkhidmatan dan sumber bomba,” tulisnya.

Siasatan akan dijalankan

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu bagi mengetahui kejadian sebenar.

“Kejadian kebakaran itu berlaku bukan di dalam bangunan, tetapi di bahagian ruangan tangga yang diletakkan kotak-kotak kosong.

“Sekiranya terdapat bukti bahawa pemilik itu telah melanggar arahan, tindakan perundangan dari beberapa sudut boleh diambil. Antaranya menghalang anggota dan pegawai bomba mengawal api kebakaran di dalam premis itu,” katanya.

Terdahulu, 11 Januari tahun lalu, sebuah gudang milik Elrah Exclusive di Jalan Kepong, Batu 6 1/2, di sini dilaporkan terbakar dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi.