Tiada pembalakan di hutan terdekat, tragedi berpunca kegagalan cerun akibat hujan

17 Dec 2022 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 DIS: Tiada aktiviti pembalakan atau pembukaan kawasan dijalankan di sekitar kawasan hutan simpanan kekal yang berada di luar lokasi berdekatan tanah runtuh semalam.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berkata kejadian tersebut berlaku di tanah persendirian milik individu untuk kegiatan pertanian dan terletak di luar sempadan hutan simpan.

“Insiden tanah runtuh ini dipercayai berpunca daripada kegagalan cerun akibat hujan,” kata Dato’ Ahmad Fadzil Abdul Majid dalam kenyataan.

Beliau berkata kawasan hutan simpanan kekal itu dikategorikan sebagai hutan perlindungan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 sejak lebih 30 tahun lalu.

Menurutnya, jabatan itu sudah mengeluarkan notis penutupan operasi di semua kawasan hutan rekreasi di bawah seliaan mereka sejak Oktober lalu.

“Notis penutupan ini dikeluarkan sebagai langkah kawalan dan mencegah kemalangan serta kejadian tidak diingini pada musim tengkujuh sehingga awal tahun depan,” katanya.

Sehubungan itu, jabatan tersebut menyeru orang ramai tidak menjalankan aktiviti rekreasi di kawasan hutan buat sementara pada musim hujan ini dan sebarang urusan atau pertanyaan boleh hubungi jabatan terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved