Tiada pengaruh peribadi! SPRM nafi dakwaan laporan media antarabangsa, tegas jalankan siasatan

LocalPolitics
12 Feb 2026 • 6:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan tidak berasas yang disiarkan oleh sebuah media antarabangsa baru-baru ini, yang didakwa bertujuan mencemarkan nama baik dan reputasi suruhanjaya itu.

Menurut kenyataan SPRM, suruhanjaya tersebut tidak akan mengulas dakwaan bersifat spekulatif atau melibatkan perkara yang masih dalam pertimbangan mahkamah (sub judice) serta proses undang-undang yang sedang berjalan.

SPRM nafi dakwaan laporan media antarabangsa

SPRM menegaskan semua siasatan dijalankan mengikut undang-undang, berpandukan bukti, dan dilakukan secara bebas tanpa sebarang pengaruh atau pilih kasih.

Sebarang keputusan berkaitan pendakwaan tertakluk kepada budi bicara Jabatan Peguam Negara dan kuasa kehakiman, selaras prinsip pengasingan kuasa dalam sistem perundangan Malaysia.

image is not available

Fungsi dan peranan SPRM diperkuatkan oleh Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan tertakluk kepada pemantauan lima badan bebas.

Suruhanjaya itu juga menekankan bahawa dakwaan salah laku tidak boleh dinilai melalui naratif media, sebaliknya melalui proses perundangan yang sah.

image is not available

Selain itu, SPRM menggesa mana-mana individu yang mempunyai bukti sahih berkaitan rasuah atau salah laku untuk menyalurkan maklumat melalui saluran rasmi bagi membolehkan tindakan diambil mengikut undang-undang.

Sumber: FB SPRM