Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

Entertainment
18 May 2026 • 12:21 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Image from: Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM – Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea menjadi pasangan ketiga berada dalam kedudukan tercorot pada minggu kelima program realiti Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Namun begitu, pasangan itu masih berpeluang meneruskan saingan apabila tiada penyingkiran dilakukan pada konsert minggu tersebut.

Turut berada dalam kelompok tiga terbawah ialah Datuk Seri Vida dan Cik B serta Adira bersama Anggrek yang turut menerima markah rendah daripada juri.

Sementara itu, anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie bagi minggu keempat menjadi milik Linda Jasmine dan Ratu selepas berjaya mempamerkan persembahan yang menyentuh hati.

Hasil kemenangan itu menyaksikan mereka membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta hamper sumbangan Eskayvie.

Dalam pada itu, Datuk A. Aida dan Azeva sekali lagi berjaya merangkul anugerah Manager Paling Perform (MPP) dan memilih rawatan spa sebagai hadiah kemenangan mereka.

Program berkenaan dikendalikan pengacara legenda Aznil Nawawi bersama barisan juri tetap Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal serta Shila Amzah selaku juri jemputan.

Setiap pasangan pengurus dan artis dinilai secara keseluruhan dengan pecahan markah 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Program Talk To My Manager 2 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria saluran 104 dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

View Original Article