Tiada penyingkiran, Qilo kuasai pentas Big Stage Rocketfuel minggu pertama

EntertainmentMusic
29 Jun 2026 • 10:10 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

SHAH ALAM – Persembahan bertenaga dan penuh penghayatan dipamerkan Qilo berjaya meletakkannya di tangga teratas konsert minggu pertama Big Stage Rocketfuel apabila meraih markah tertinggi daripada barisan juri profesional, sekali gus muncul sebagai peserta pertama mendahului saingan musim ketujuh.

Pada konsert bertemakan Signature Wave yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam malam tadi, Qilo memukau juri dan penonton menerusi lagu If I Ain’t Got You nyanyian asal Alicia Keys, sekali gus mengatasi 10 peserta lain.

Tempat kedua menjadi milik Yad-Z yang mempersembahkan lagu Bukan Dia Tapi Aku, diikuti Ranisha di kedudukan ketiga menerusi lagu Bukan Lagi Kita. Hussain pula menduduki tempat keempat dengan lagu Lelaki Ini, manakala Rieffa melengkapkan kelompok lima terbaik menerusi lagu Amalina.

Sementara itu, Aliff Kimiey, Sabrina dan Sufie Rose diumumkan sebagai tiga peserta yang berada di kedudukan tercorot berdasarkan markah minggu pertama. Bagaimanapun, tiada penyingkiran dilakukan pada konsert pembukaan musim ketujuh, sekali gus memberi peluang kepada kesemua 11 peserta untuk meneruskan saingan pada minggu hadapan.

Konsert mingguan Big Stage Rocketfuel musim ketujuh dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva Natassha, manakala barisan juri profesional terdiri daripada Aisha Retno, Hael Husaini dan Akim Ahmad. Program itu bersiaran secara langsung setiap Ahad dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved