Tiada perbincangan keluarkan MCA daripada BN

LocalPolitics
4 Feb 2025 • 7:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Abdul Rahman

SHAH ALAM - Tidak ada sebarang perbincangan dalam UMNO mahu mengeluarkan MCA daripada Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, ia kerana tidak ada keperluan untuk menyingkirkan MCA daripada gabungan berkenaan.

“Tidak ada pun mana-mana pihak termasuk DAP yang meminta supaya keluarkan MCA daripada BN.

“Sebagai ahli pengasas kepada BN, saya tidak nampak pun keperluan untuk parti itu keluar daripada gabungan tersebut.

“Setahu saya tidak ada perbincangan dalam UMNO, yang mengatakan bahawa MCA perlu dikeluarkan. Jadi saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Ujar Abdul Rahman, peranan MCA atau DAP dalam memperjuangkan hak dan kebajikan kaum Cina menjadi faktor penting menentukan sokongan komuniti masyarakat tersebut.

“Kita faham ada persaingan antara MCA dan DAP dalam soal untuk mendapatkan sokongan orang Cina.

“Namun saya rasa mana-mana parti yang mempunyai dasar yang jelas untuk pembangunan dan kepentingan orang Cina, pasti mereka akan berikan sokongan,” tambahnya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved