Tiada perbincangan rasmi kerjasama PN-GTA: Muhyiddin

Politics
27 Oct 2022 • 7:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama

PETALING JAYA - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa tidak ada perbincangan rasmi membabitkan PN dan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, PN telah memutuskan bahawa akan meneruskan inisiatif dengan gabungan dalam parti itu sahaja.

“Saya tidak tahu di mana ada rundingan, tak sampai ke peringkat tertinggi pun. Kalau ada peringkat bawah atau mana-mana itu bagi saya tidak penting.

“Yang penting kita di peringkat parti, setakat hari ini tidak ada perbincangan rasmi dibuat.

“Mungkin ada hajat (atau) hasrat begitu sahaja tapi kita akan teruskan atas dasar PN sahaja,” katanya.

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilapor mengesahkan rundingan antara parti itu dengan PN masih berjalan.

Bagaimanapun katanya, perbincangan itu tidak melibatkan Muhyiddin.

Tambah Muhyiddin, pihaknya bukan tidak mahu bekerjasama dengan GTA sebaliknya PN bertanding dalam PRU15 telah disusun sejak awal.

“Jadi masing-masing akan teruskan atas agenda PN bukan PN Plus, tidak ada setakat ini,” ujarnya.