"Tiada Perikemanusiaan!" - Tiga Pekerja Tergamak Lempar Anjing Hidup Ke Dalam Sungai Sebelum Disambar Buaya

19 Jun 2023 • 5:19 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Akibat berang makanan selalu dicuri oleh seekor anjing, tiga lelaki tergamak melempar seekor anjing hidup-hidup ke dalam sungai untuk menjadi santapan buaya. Kejadian berlaku di daerah Semakung, Nunukan, Kalimantan Utara.

Ketua Polis Nunukan AKBP Taufik Nurmandia berkata, pelaku dikenali sebagai Dedy, Rosady dan Gio sudah ditahan pihak polis. Menurutnya, Deddy dan Rosady bertindak melempar anjing terbabit, manakala Gio merakam tindakan mereka.

“Motif kejadian adalah marahkan anjing yang didakwa sering ‘mencuri’ makanan pekerja diletakkan di atas meja.

“Mereka mendakwa haiwan itu sudah beberapa kali mencuri makanan pekerja menyebabkan mereka hilang sabar dan bertindak di luar kawalan,”

Tindakan itu juga menyebabkan mereka dipecat serta merta kerana pihak syarikat.

“Kami tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan kejam yang dilakukan mereka.

“Jadi, kami mengambil tindakan pemecatan tanpa faedah sehingga siasatan oleh pihak polis selesai,”

Katanya, syarikat menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved