Tiada permohonan, ‘auto’ 300 liter RON95

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 11:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada permohonan, ‘auto’ 300 liter RON95

KUALA LUMPUR – Had kelayakan asas bulanan Budi Madani RON95 (Budi95) dinaikkan semula secara automatik daripada 200 kepada 300 liter bermula hari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, pelarasan itu melibatkan Budi95 dan Budi Madani diesel (Budi Disel) pada harga subsidi RM1.99 seliter bagi RON95 dan RM2.10 seliter bagi diesel.

Bagi pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip, kelayakan diberikan sehingga 400 liter sebulan termasuk tambahan 100 liter bagi yang layak melalui permohonan.

“Tiada permohonan semula bagi penerima sedia ada. Permohonan baharu bagi tambahan 100 liter Budi Diesel boleh dibuat melalui portal budimadani.gov.my,” katanya.

Semalam, MOF dalam kenyataannya memaklumkan, pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang layak tetapi belum memohon tambahan kelayakan Budi Diesel sebanyak 100 liter sebulan perlu berbuat demikian.

Tambahan itu membolehkan jumlah kelayakan bulanan mereka dinaikkan daripada 300 kepada 400 liter bermula hari ini, manakala pemilik yang memperoleh kelulusan bagi tambahan 100 liter sebelum ini tidak perlu mengemukakan permohonan baharu kerana diselaraskan secara automatik.

Menurut MOF, lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip layak memohon tambahan berkenaan.

Pada Ahad lalu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 mengumumkan had kelayakan asas bulanan Budi95 akan diselaraskan semula daripada 200 kepada 300 liter.

Pelarasan itu dilaksanakan secara automatik kepada penerima Budi95 dan Budi diesel, tertakluk kepada kelayakan masing-masing.

Seramai 16 juta pengguna menikmati RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter manakala lebih 700,000 daripada mereka turut layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter. – Bernama

The post Tiada permohonan, ‘auto’ 300 liter RON95 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved