
KUALA PENYU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tidak ada halangan untuk menyambung bekalan eletrik ke rumah PPRT milik Zahari @Murnih Juhara, 67, di Kg Palu-Palu, di sini.
Bagaimanapun, kata jurucakap syarikat itu, setakat ini ia belum menerima sebarang permohonan sama ada daripada kontraktor atau pemilik rumah untuk bekalan elektrik disambung ke rumah itu.
“Semua permohonan yang diterima akan diproses sewajarnya mengikut peraturan yang ditetapkan,” kata jurucakap itu.
