Tiada persefahaman punca rumah tangga Fazura & Fattah retak, bukan sebab curang

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 12:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Tiada persefahaman

Tiada persefahaman menjadi punca kepada keretakan rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin sehingga mendorong Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya itu.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh peguam syarie yang mewakili Nur Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan yang turut menegaskan penceraian bukan disebabkan daripada kontroversi curang.

Tiada persefahaman

image is not available

image is not available

“Selepas permohonan cerai dibuat Fazura dan Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Malah dalam permohonan cerai yang dibuat tiada langsung menyebut isu berkaitan curang, sebaliknya antara mereka tiada persefahaman,” ujarnya.

Fakhrul menjelaskan Fazura dan Fattah mahu menyelesaikan konflik rumah tangga dengan cara baik tanpa mengaibkan mana-mana belah pihak.

Pun begitu, keadaan bertambah buruk apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin tidak sahih di media sosial berkaitan kemelut pasangan itu.

Tiada persefahaman

image is not available

“Semuanya berpunca daripada individu yang membuat kenyataan di media sosial terhadap perkara yang kami tak pernah cakap.

“Kedua-dua pihak sebolehnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka tanpa mengaibkan mana-mana pihak,” katanya.

Hari ini, aktor Fattah Amin enggan untuk menceraikan isterinya ketika sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 7 Oktober depan untuk perbicaraan yang selanjutnya.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

image is not available