

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 28 Nov hingga 4 Disember ini.
Kementerian Kewangan berkata harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter.
“Di Sabah, Sarawak dan Labuan turut tidak berubah iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh sama.,” katanya dalam satu kenyataan.



