Tiada Pewaris Harta, Stephen Chow Wasiatkan RM877 Juta Kepada Dua Aktres

Entertainment
8 May 2024 • 4:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow mewasiatkan sejumlah wang dan harta kepada dua aktres wanita memandangkan dia tidak mempunyai pewaris harta bagi kekayaannya.

Vnexpress International melaporkan, selain daripada keluarga terdekat, pengarah berusia 62 tahun itu telah memilih Cecilia Cheung dan Xu Jiao untuk menerima sebahagian daripada hartanya.

image is not available

Foto: CCTV NEWS

Cheung yang berusia 44 tahun merupakan pelakon yang telah banyak bekerjasama dengan Chow sejak tahun 1999 bermula dengan filem ‘King of Comedy’ dan diikuti beberapa projek lain seperti Shaolin Soccer (2001) dan The New King of Comedy (2019).

image is not available

Foto: IG Cecilia Cheung

Manakal Jiao pula pernah memainkan watak sebagai anak kepada Chow dalam filem komedi sci-fi CJ7 (2008) semasa berusia lapan tahun dan berjaya merangkul Anugerah Pelaku Baharu Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong ke-28.

Bukan itu sahaja, aktres berusia 27 tahun itu juga merupakan anak pembaptisan kepada selebriti terkaya di Hong Kong ini serta dikatakan telah membantu daripada segi kewangan secara senyap-senyap.

image is not available

Foto: IG Stephen Chow

Difahamkan, wasiat tersebut bukan sahaja terdiri daripada aset kewangan semata, malah ia juga melibatkan saham syarikat Chow yang mempunyai keuntungan bersih sekurang-kurangnya bernilai AS$186 juta atau RM877 juta.

image is not available

Foto: NEWS CN

Sekadar info, Chow yang turut digelar sebagai raja komedi ini tidak pernah mendirikan rumah tangga mahupun memiliki cahaya mata.