Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Besar di Laos – Wisma Putra

6 Aug 2025 • 8:14 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam bencana banjir yang melanda Laos susulan Taufan Wipha dan hujan lebat Monsun Barat Daya.

Dalam kenyataan media pada Selasa, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang berada atau menetap di Laos supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, serta mengikuti perkembangan cuaca dan nasihat perjalanan rasmi.

“Kedutaan Besar Malaysia di Vientiane sedang memantau rapi keadaan semasa dan bersedia menyalurkan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia di Laos turut digalakkan untuk mendaftar dengan kedutaan dan kekal berhubung bagi mendapatkan bantuan jika diperlukan.

Menurut Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan ASEAN (Pusat AHA), banjir besar itu telah menjejaskan lebih 58,000 penduduk daripada 34,000 keluarga di 10 wilayah, dengan sembilan kematian dan empat orang masih hilang setakat ini.

Untuk bantuan kecemasan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Vientiane di talian +856 21 414205 / +856 21 414201 atau +856 20 5553 1801 (kecemasan), atau e-mel ke mwvientiane@kln.gov.my

Sumber – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved