Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden keselamatan di Caracas

3 Jan 2026 • 8:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas susulan insiden keselamatan di Caracas, Venezuela, dan sedang pantau perkembangan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada laporan rakyat Malaysia terjejas susulan insiden keselamatan di Caracas, Venezuela pada awal Sabtu.

Kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra sedang memantau rapi perkembangan di Caracas.

“Kementerian sedang aktif mendapatkan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan kami,” menurut kenyataan media.

Pihaknya akan terus memantau keadaan dan memberikan maklumat lanjut jika perlu.

Venezuela mengisytiharkan darurat susulan serangan udara yang menyasarkan ibu negara Caracas.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa Presiden Venezuela Nicolas Maduro bersama isterinya telah ditahan dan diterbangkan keluar dari negara itu susulan serangan AS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved