Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Susulan Gempa Bumi Di Jepun – Wisma Putra

9 Dec 2025 • 11:31 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut Kementerian Luar Malaysia.

Menurut laporan Bernama, Kementerian itu, yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra, berkata melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, pihaknya sedang memantau keadaan dengan rapi.

Gempa bumi di Jepun

image is not available

“Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi tersebut. Kedutaan berada dalam hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan sedang memantau perkembangan semasa,” menurut Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa.

Gempa bumi itu berlaku pada 11.15 malam (waktu tempatan) pada kedalaman 54 kilometer, kira-kira 80 kilometer di luar pantai wilayah Aomori.

Amaran tsunami telah dikeluarkan namun kini telah ditarik balik.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau berada di kawasan terjejas supaya berwaspada, mengelakkan kawasan pesisir pantai dan mematuhi arahan rasmi pihak berkuasa Jepun.

“Rakyat Malaysia juga amat digalakkan untuk mendaftarkan keberadaan mereka dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo bagi memastikan komunikasi dan bantuan dapat disalurkan dengan segera apabila diperlukan,” tambah kenyataan itu.

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo melalui telefon +81-3-3476-3840 (pertanyaan umum) dan +81-80-4322-3366 (kecemasan sahaja) atau melalui e-mel: consular.tyo@kin.gov.my

Wisma Putra berkata pihanya akan terus memantau keadaan dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa.

Sumber: Bernama

The post Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Susulan Gempa Bumi Di Jepun – Wisma Putra appeared first on Borak Daily.