Tiada rakyat Malaysia terkesan gempa bumi Flores

15 Aug 2026 • 4:22 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada rakyat Malaysia terkesan gempa bumi Flores

JAKARTA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan dalam gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda Flores di wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia, awal pagi Sabtu.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata pihaknya telah menghubungi rakyat Malaysia di NTT yang berdaftar dengan kedutaan serta pelancong Malaysia yang memaklumkan keberadaan mereka di wilayah itu.

“Pihak Kedutaan turut berhubung rapat dengan Kementerian Luar Indonesia bagi mendapatkan status semasa dan sehingga 12 tengah hari waktu tempatan, tiada laporan insiden melibatkan warganegara Malaysia,” menurut kedutaan dalam kenyataan.

Rakyat Malaysia yang terkesan dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi talian +62 813 8081 3036 atau e-mel mwjakarta@kln.gov.my.

Kedutaan turut merakamkan simpati kepada mereka yang terkesan dan berharap urusan pengendalian situasi di lapangan oleh pihak berkuasa Indonesia berjalan lancar.

Gempa bumi itu berlaku pada 4.58 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa di laut kira-kira 30 kilometer (km) dari Mbay pada kedalaman 15 km. Gempa itu turut mencetuskan amaran tsunami sebelum ditamatkan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) pada 7.31 pagi selepas pemantauan paras laut tidak menunjukkan peningkatan ketara selanjutnya.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) memaklumkan kira-kira 2,000 penduduk telah dipindahkan atau berpindah secara kendiri susulan gempa bumi yang melanda Pulau Flores itu.

Terdahulu, Pejabat Mencari dan Menyelamat Maumere dilaporkan memaklumkan angka korban akibat gempa bumi itu dan beberapa kejutan lanjur kuat meningkat kepada 20 orang, dengan enam cedera dan dua lagi masih tertimbus. – BERNAMA

The post Tiada rakyat Malaysia terkesan gempa bumi Flores appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved