Tiada ‘rusuhan’ seperti diuar-uarkan

28 Mar 2023 • 1:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Tunjuk perasaan amarah oleh warga Sepanggar yang dinanti-nantikan di ibu pejabat Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) di Wisma Muis pada Isnin tidak menjadi kenyataan.

Risalah yang mula tular di media sosial minggu lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab telah mengundang penduduk Sepanggar yang dibelenggu masalah kekurangan air untuk merusuh sebagai jalan terakhir untuk menarik perhatian kerajaan negeri.

Kru Daily Express telah menunggu di dua lokasi sejam lebih awal sebelum waktu perhimpunan sepatutnya diadakan pada 10 pagi, tetapi tidak melihat mana-mana kumpulan. Malah risalah itu menyuruh untuk membawa barang mandian sebagai gimik.

Terdahulu, Ketua Polis Bandaraya, ACP Mohd Zaidi Abdullah memberi amaran terhadap perhimpunan haram, mengatakan tindakan akan diambil. Beliau bagaimanapun berkata tiada permohonan permit diterima untuk acara seumpama itu.

Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud dalam pada itu menggesa penduduk yang terjejas, bukan sahaja di Sepanggar, bersabar sehingga infrastruktur siap iaitu Loji Rawatan Air Telibong 2, yang dilihat sebagai penyelesaiannya.

Kakitangan JANS di pejabat Wisma Muis tingkat bawah dan enam berkata mereka telah melihat risalah itu tetapi tidak diberi taklimat apa-apa selain melakukan kerja seperti biasa oleh pihak atasan. Seorang pengawal keselamatan malah tidak menyedari kewujudan “tunjuk perasaan” itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.