Tiada salah guna kuasa urusan tanah di Kudat: Hajiji

10 Oct 2023 • 1:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada Isnin menyangkal dakwaan salah guna kuasa dalam meluluskan perjanjian tanah di Kudat.

Hajiji dalam kenyataan berkata tuduhan itu berniat jahat, bermotifkan politik dan bertujuan memburukkan namanya, dan pihaknya akan memberi kerjasama penuh terhadap sebarang siasatan berhubung dakwaan itu.

Beliau berkata semua permohonan telah melalui prosedur yang diperlukan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) dan diproses di pejabat.

“Permohonan untuk tanah Yayasan Sabah telah dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Innoprise Corporation Sdn Bhd dan semuanya dilakukan mengikut undang-undang,” katanya.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Baru-baru ini, tular menerusi media sosial dakwaan salah guna kuasa oleh Hajiji sebagai Ketua Menteri yang meluluskan permohonan enam tanah melibatkan 968.4 hektar di Kudat, dan dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan Sarawak.

Hajiji berkata pihak berkuasa sudah dimaklumkan tentang akaun media sosial yang membuat hantaran berhubung dakwaan itu yang bertujuan mencemarkan reputasi beliau.

“Saya akan berunding dengan peguam untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap dakwaan palsu ini,” katanya.

Beliau berkata siasatan akan dilakukan dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang didapati mendedahkan dokumen sulit yang digunakan untuk membuat dakwaan berkenaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.