
Tiada Sampah, Pelancong Jepun Puji Malaysia Bersih
Tidak dinafikan, bila sebut tentang Malaysia ramai pelancong dari luar negara kebanyakannya gemar melancong ke sini.
Rata-ratanya menyuarakan pandangan sendiri mengenai keunikan yang terdapat di Malaysia. Bahkan ada yang sanggup datang berkali-kali hanya untuk mencari menu atau suasana yang hanya terdapat di sini.
Antaranya termasuklah kepelbagaian makanan, variasi etnik, budaya dan keindahan pulau-pulau di Semenanjung serta Sabah Sarawak.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang melancong ke Malaysia memuat naik rakaman video ketika berjalan-jalan di sekitar laluan pejalan kaki di ibu negara Kuala Lumpur.
Malaysia Bersih – Pelancong Jepun
Menerusi perkongsian Molly di TikTok @molly_travel, dia memuji persekitaran Malaysia yang bersih.
“Saya kagum di Malaysia tidak ada sampah. Ia bersih sebenarnya. Jalan sangat bersih.
“Awak tahu kan, Malaysia nampak sangat-sangat cantik dan bersih. Ia terasa nyaman, tetapi agak panas.
“Tiada satu pun sampah kelihatan. Persekitaran juga sangat menarik dan saya boleh lupakan tentang cuaca panas di sini,” katanya sambil merakam video berkenaan.
Dalam masa yang sama, dia turut dilihat berjalan-jalan sekitar taman dan menyifatkan suasana di sini tenang dan nyaman untuk dinikmati ketika hujung minggu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai respon mengenai video yang dikongsikan.
Malah, ada yang mengucapkan terima kasih atas maklum balas positif daripada pelancong dari Jepun itu.
“Apa yang saya tahu Malaysia dulu mengamalkan dasar pandang ke timur. Jepun merupakan negara yang dicontohi dari segi kebersihan, pendidikan dan lain-lain,” komen seorang pengguna.
“Terima kasih atas positif vibes. kami belajar dari Jepun. Selamat datang ke Malaysia,” tulis seorang pengguna.
“Putrajaya juga cantik. Sangat digalakkan pergi,” komen seorang lagi.
@molly_travel lake garden KL #lakegarden #kualalumpur #malaysia
Sebelum ini, seorang pelancong Amerika memuji tahap kebersihan stesen MRT di Kuala Lumpur.
“MRT di Kuala Lumpur sangat bersih dan dijaga dengan baik. Tak dapat dibandingkan dengan kereta api bawah tanah New York,” ujarnya.
Sumber: TikTok @molly_travel
The post Tiada Sampah, Pelancong Jepun Puji Malaysia Bersih appeared first on Siakap Keli.



