Tiada 'scam' guna nama masjid di Kelantan - MAIK

LocalPolitics
7 Nov 2025 • 1:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MAIK belum menerima sebarang laporan berkaitan kes penipuan atau 'scam' menggunakan nama masjid di negeri ini melibatkan kutipan derma.
image is not available
Mohd Anis Hussein

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes penipuan atau 'scam' menggunakan nama masjid di negeri ini melibatkan kutipan derma.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Mohd Anis Hussein berkata, bagaimanapun pihaknya tidak menolak kemungkinan usaha ke arah itu wujud.

"Hal ini kerana 'scammer' sentiasa menunggu peluang untuk mengambil kesempatan," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Program Let's Do I.T 2025 di Masjid Jamek As-Salam Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.

**media[3332877]**

Menurut beliau, MAIK sentiasa memberikan pendedahan berkaitan bahaya jenayah 'scam' dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

"Perkara tersebut menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial MAIK kepada masyarakat," ujarnya.