“Tiada Sebarang Pengakuan Direkodkan”- Suspek Kedua Kes Simbah Asid Faisal Halim Bebas

11 May 2024 • 8:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Macam yang kita tahu, pihak polis menahan dua suspek yang disyaki terlibat dalam kes simbah asid pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim. Namun, hari ini difahamkan suspek kedua telah bebas dengan jaminan polis.

Menurut laporan Sinar Harian, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memaklumkan suspek dibebaskan setelah soal siasat dijalankan.

Walau bagaimanapun siasatan masih giat dilakukan untuk memburu dan mengesan individu yang terlibat.

image is not available

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada suspek.

Suspek yang dibebaskan itu boleh dipanggil bila-bila masa untuk membantu siasatan dalam kes sekiranya diperlukan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah menerima keterangan lebih dari 12 orang termasuk mangsa, keluarga mangsa, doktor dan saksi.

Buat masa sekarang ini, pihak polis masih dalam proses menyiapkan lakaran wajah atau fotofit individu yang terlibat.

Bahaya betul orang macam ni masih bebas dekat luar sana. Semoga pelaku kes ini ditangkap dengan cepat dan terima hukuman yang setimpal.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.