Tiada Seorang Pun Murid Berbangsa Cina, Sekolah Rendah Di Sibu Ini Tetap Semangat Sambut CNY

3 Feb 2024 • 5:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Semangat perpaduan di sebuah sekolah rendah di Sibu

Tiada Seorang Pun Murid Berbangsa Cina, Sekolah Rendah Di Sibu Ini Tetap Semangat Sambut CNY. Semangat perpaduan sebuah sekolah rendah kebangsaan di Sibu, Sarawak menyambut Tahun Baharu Cina setiap tahun dengan menggunakan tanglung merah di seluruh sekolah walaupun tidak mempunyai seorang pun murid Cina ini telah berjaya menarik perhatian ramai.

Tanglung merah berkenaan bukan sahaja dipasang di sekolah tetapi juga di Masjid An-Nur yang terletak betul-betul di sebelahnya, mencerminkan toleransi dan keharmonian di negeri Sarawak.

image is not available

Memasang tanglung sudah menjadi tradisi sejak 10 tahun lagi

Menurut laporan, sekolah rendah dengan 680 murid itu telah memasang tanglung setiap kali perayaan tahun baru Cina sejak 10 tahun lalu.

Sekolah berkenaan juga telah menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina untuk menyambut tahun baru lunar bersama murid beragama Islam dan berbangsa Ibannya.

Bagi guru pula, majoritinya adalah berbangsa Melayu, manakala ada juga Melanau, Iban dan enam orang Cina.

image is not available
Kredit gambar: Sin Chew Daily

Tahun Baru Cina disambut bersama

Guru Besarnya, Hamdi Najdi berkata, Tahun Baru Cina disambut bersama iaitu sebagai satu keluarga di mana rakyat berbilang kaum hidup secara harmoni.

Hamdi berkata pihak sekolah turut menganjurkan aktiviti berkaitan Tahun Baharu Cina bagi membantu murid memahami budaya, adat dan tradisi kaum Cina.

Saling memahami dan bertolak ansur antara kumpulan etnik yang berbeza akan membawa kepada perpaduan yang lebih erat dan integrasi nasional,” tambah beliau.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/teknologi-sarawak-dipandang-tinggi-diperingkat-persekutuan/

https://www.iloveborneo.my/metmalaysia-keluarkan-amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sarawak/