“Tiada Sesi Pujukan Oleh Kamal, Uqasha Dah Tak Boleh Bersabar Dan Tiada Persefahaman” – Peguam

LocalEntertainment
22 Oct 2025 • 1:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia uqasha Cerai

Rumah tangga pasangan selebriti terkenal, Uqasha Senrose dan Kamal Adli, kembali menjadi perhatian selepas pelakon itu memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Difahamkan, prosiding pertama yang dijalankan baru-baru ini hanya dihadiri oleh Uqasha bersama peguamnya, manakala Kamal tidak hadir ke mahkamah.

“Saya cuma harap dia beri kerjasama”

Ketika ditemui media selepas prosiding, Uqasha tampil tenang namun enggan mengulas lanjut tentang keadaan rumah tangganya.

Dia hanya berharap agar Kamal dapat memberikan kerjasama supaya proses perceraian berjalan lancar.

Saya cuma harap dia beri kerjasama. Jangan buat tidak hadir begini, saya pun ada kerja saya.

“Uqasha sudah tidak boleh bersabar” – Peguam

image is not available

Peguam yang mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manap, menjelaskan bahawa anak guamnya sudah tidak mampu menanggung tekanan dalam rumah tangga dan membuat keputusan untuk memfailkan cerai pada 1 Oktober lalu.

Apa yang dimaklumkan oleh Uqasha, tiada sesi pujukan oleh Kamal. Saya tak pasti kalau sebaliknya. Tapi yang boleh saya katakan, Uqasha sudah tidak boleh bersabar dan tiada persefahaman. Itu sahaja. Tapi kalau selepas ini ada jodoh, Alhamdulillah.

Beliau turut menambah bahawa pihaknya tidak dapat mengulas lanjut tentang dakwaan wujud orang ketiga atau spekulasi lain kerana perkara itu akan dibicarakan di hadapan hakim.

Difahamkan, prosiding perceraian tersebut ditangguhkan ke 28 Oktober susulan ketidakhadiran Kamal pada sesi pertama.

Pssttt! Kadang-kadang bila hubungan dah sampai ke tahap tiada persefahaman, masing-masing perlukan ruang untuk bernafas dan berfikir. Apa-apa pun, semoga urusan Uqasha dan Kamal dipermudahkan dan mereka dapat mencari kebahagiaan masing-masing tanpa tekanan.

Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.