“Tiada Sorakan..” – Rain Terima Layanan Buruk Peminat K-Pop Ketika Persembahan Di LA Tapi Kenapa?

Music
21 Aug 2023 • 5:02 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sepertinya imej Rain agak kurang baik dalam kalangan peminat K-Pop kini.

Baru-baru ini, seorang netizen telah memuat naik entri mengenai persembahan lelaki itu di ‘KCON LA 2023’ di laman komuniti. Katanya,

Peminat lokal tak memberikan sebarang reaksi pada persembahan Rain dan ada yang menutup lampu lightstick.

Ketika di konsert itu, Rain mempersembahkan lagu ‘Rainism’ iaitu merupakan lagu yang popular dalam kalangan peminat K-Pop. Namun mengejutkan apabila tiada sorakan mahupun sokongan dari kalangan penonton jika dibandingkan dengan persembahan artis lain.

Katanya, rata-rata penonton menunjukkan protes berkaitan kontroversi melibatkan kumpulan yang dihasilkan Rain iaitu Ciipher yang mengalami kesukaran kini. Terbaru, empat ahlinya telah disahkan bakal meninggalkan kumpulan itu dan tiga ahli lain hanya akan memberikan fokus pada aktiviti solo kini.

Disebabkan itu, ada peminat mengkritik Rain yang dikatakan melepaskan tangan selepas hanya 2 tahun menjaga kumpulan lelaki berkenaan. Komen mereka, “Membubarkan kumpulan hanya selepas 2 tahun 5 bulan? Tak bertanggungjawab betul”, “Ciipher dah hampir dibubarkan dan Rain masih lagi melakukan persembahan?” dan banyak lagi.

image is not available

Pun begitu, ada yang mengatakan pemilihan lagu ‘Rainism’ agak kurang sensitif memandangkan terdapat amaran taufan yang diumumkan di California, Amerika Syarikat pada ketika itu.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article