Tiada tandingan, Samsung perkenal 3 model terkini Galaxy S23 yang lebih powerful

Digital
16 Feb 2023 • 3:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
samsung

SAMSUNG memang sentiasa hadir dengan varian yang mengagumkan.

Terbaharu, mereka mengumumkan tiga model terkini, Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra.

Dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, reka bentuk kesemua fitur tersebut lebih sofistikated dan simetri, selain pembuatannya menggunakan bahan kitar semula seperti kaca dan bingkai logam.

image is not available

Antara spesifikasi Samsung Galaxy S23 Ultra:

  • Memiliki tetapan empat kamera. 12 megapiksel (MP) untuk swafoto dan kamera ultra lebar 12 MP dengan sudut lebar 200MP. Kriteria ini membantu menghasilkan kualiti foto lebih baik.
  • Saiz skrin 6.8 inci QHD Edge dengan kadar segar semula hingga 120Hz.

image is not available

  • Kapasiti bateri pintar 5000mAH untuk penjimatan hingga 26 jam.
  • Tampil dengan teknologi pen S yang lebih produktif.
  • Pilihan storan 256 dan 512GB.
  • Lapan rona pilihan termasuk empat warna eksklusif iaitu merah, kelabu, biru dan lime.

image is not available

Galaxy S23 dan Galaxy S23+ juga tidak kurang hebatnya apabila memiliki ciri-ciri seperti berikut:

  • Menerapkan fungsi bidikan malam, Nightography.
  • Paparan skrin 6.6 inci FHD dan 6.1 inci FHD yang dilengkapi dengan perlindungan untuk keselesaan mata.

image is not available

  • Pilihan storan 256 dan 512 GB untuk Galaxy S23, manakala 128 dan 256GB untuk Galaxy S23+.
  • Kapasiti bateri 4700 mAH dengan ciri pengecasan pantas.

image is not available

Samsung Galaxy S23 Ultra dijual pada harga bermula RM5,699, manakala Galaxy S23 (bermula RM4,699) dan Galaxy S23+ pada harga bermula RM3,899.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.samsung.com/my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.