
Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick tidak nampak ada usaha ingin menjatuhkan Perdana Menteri di peringkat Persekutuan.
Beliau berkata, Proklamasi Orang Melayu yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya sekadar satu propaganda dan strategi untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di Semenanjung.
“Saya tidak nampak di peringkat persekutuan ada usaha menjatuhkan Perdana Menteri. Saya nampak ia hanya satu gerakan untuk menghadapi pilihan raya negeri sahaja,” katanya ketika ditanya tentang Proklamasi Orang Melayu yang dilihat sebagai cubaan menjatuhkan Perdana Menteri.

