“Tiada Wakil Mak Bapak Yang Datang Minta Maaf, Berlagak!” – Netizen Gesa Keluarga Pemb*nuh Zulfarhan Tampil Mohon Maaf

24 Jul 2024 • 4:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, negara digemparkan dengan berita mengenai 6 tertuduh utama kes pembunuhan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap 6 individu iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Setelah hampir lebih 7 tahun kes dibicarakan, keputusan tersebut pastinya dinantikan-nantikan rakyat Malaysia terutamanya keluarga mangsa dek kerana kekejaman pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu.

Keputusan mahkamah itu juga rata-ratanya disambut baik dan ramai berpuas hati dengan perlaksanaan hukuman terhadap 6 pesalah tersebut.

Menjengah ke media sosial, ada juga yang membangkitkan isu permohonan maaf yang tak pernah dibuat ahli keluarga 6 pesalah itu.

image is not available image is not available image is not available

Dalam kes ini paling aku terkilan ‘mak pak Zulfarhan dah bagitau dia boleh maafkan semua pelaku” tapi sorang pun tak datang minta maaf. Mak bapak pun sama ja. Takdak wakil anak minta maaf pun. Berlagak.

Tahun 2021, bapa kepada almarhum Zulfarhan bagitahu hanya satu daripada 18 keluarga OKT minta maaf kepada dia.

Rata-rata netizen menuntut agar keluarga pembunuh Zulfarhan tampil memohon maaf di atas tindakan anak mereka yang telah menghancurkan hati ibu bapa di atas kehilangan anak mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

(TERKINI) 6 Tertuduh Utama Kes Zulfarhan Osman Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati