Tiada Windows 12 Tahun Ini ? Tetapi Windows 11 Akan Terima Kemas Kini Besar

TechnologyDigital
24 Jan 2024 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Microsoft dijangka akan menawarkan Windows 12 pada tahun ini dengan kemas kini versi baharu ditawarkan setiap tiga tahun. Sistem operasi baharu ini dikatakan akan memfokuskan AI dengan mengembangkan lagi kemampuan Copilot. Selain turut ingin mementingkan sekuriti dan pengedaran kemas kini yang lebih pantas.

image is not available

Windows Central baru-baru ini melaporkan yang kehadiran Windows 12 mungkin lebih lewat berbanding jangkaan asal. Sebaliknya Microsoft akan membawakan kemas kini besar kepada Windows 11 terlebih dahulu. Kemas kini akan diberi nama sebagai Windows 11 24H2. Ia akan tersedia untuk pengeluar bermula April dan kepada umum menjelang September nanti.

image is not available

Sumber menyatakan yang Windows 11 24H2 akan membawakan ciri Copilot baharu, perubahan pada Snap Layout, File Explorer sekali lagi akan diubah, begitu juga dengan Quick Settings, Phone Link, Energy Saver dan banyak lagi. Versi Windows ini turut akan membuang aplikasi gendut seperti Cortana, Mail, Calendar, Maps, People, dan Movies & TV. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai kemas kini ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved