“Tiada Yang Lebih ‘Enjoy’ Daripada Memikirkan Hal Saya Sendiri” – Tak Hirau Gosip, Nur Fazura Tampil Peraga Koleksi Hijab Terbaru

19 Aug 2024 • 4:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Di sebalik kekecohan mengenai spekulasi rumah tangga yang kini berantakan, pelakon jelita Nur Fazura ini mencuri perhatian peminat apabila dia ada memuat naik satu video pendek di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Fazura dilihat memperagakan koleksi hijab terbaharunya sempena sambutan Hari Kebangsaan yang membawa ‘tagline’ Semarak kasih.

Kapsyen hantaran video tersebut turut membuatkan netizen terutamanya peminat untuk terus memberi semangat buat isteri kepada pelakon Fattah Amin itu.

There is nothing I enjoy more than minding my own business, finding news ways to grow and thriving in silence.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat meninggalkan komen yang meminta agar Fazura untuk tidak perlu memberikan apaapa penjelasan mengenai spekulasi yang tular.

Terdahulu, nama Fazura dan Fattah dipetik netizen setelah ada yang mendakwa pasangan itu sedang mengalami masalah dalam rumah tangga mereka namun dinafikan kedua-duanya sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

Zainal Abidin Hanya Dengar Khabar Anak Perempuan Sudah Bernikah Di Jerman - "Sepatutnya Jemput Sebab Saya Walinya"

View Original Article