
Tiap Bulan Guna Tabung MAE, Ini Benefit Terbaru Yang Pengguna Boleh Dapat
Ada yang berfikiran masalah duit ni jadi daripada masalah gaji. Tapi hakikat sekarang ni, ada yang bergaji besar pun bila sampai hujung bulan tetap semput.
Gaji baru masuk 30hb, 31hb dah tinggal 2 angka. Nak kata belanja besar tu takde sangat tapi bila tengok balik satu-satu, rupanya banyak benda kecil yang dalam diam makan duit kita setiap hari.
Contoh benda yang paling ‘common’ orang banyak spend sekarang ialah kopi, langgan servis hiburan macam platform penstriman dan ada jugak yang pantang ada sale online, kerja nak shopping je.
Belajar Cara Pengurusan Duit Yang Betul
Masalah utama isu ni bukan pasal tak pandai cari duit tapi mungkin ada yang tak tahu cara untuk uruskan duit dengan cara yang betul.
Antara cara yang paling praktikal adalah sejurus saja masuk duit gaji, terus bayar semua komitmen dan selebihnya asingkan duit mengikut keperluan.
Bila dah asing baru lah confident sikit untuk belanja harian. Langkah ni nampak macam simple tapi tak ramai yang buat sebab mungkin ada rasa benda ni leceh.
Tabung dalam MAE by Maybank
Dekat sini mesti ramai yang dah familiar dengan Tabung dalam aplikasi MAE by Maybank kan?
Tapi mungkin tak semua tahu kegunaan sebenarnya dan mungkin ada yang guna sekadar untuk simpan duit kejap, bila nak guna keluarkan.
Fungsi Tabung dalam MAE by Maybank sebenarnya salah satu cara untuk bantu urus duit dengan lebih teratur.
Duit boleh diasingkan ikut tujuan seperti komitmen, simpanan atau perbelanjaan tertentu. Bila dah asing awal-awal, lebih senang nak nampak mana duit yang boleh guna dan mana yang patut disimpan.
Yang lebih menarik, tabung ni ada fungsi Auto Deduction so kita boleh set sekian tarikh untuk duit terus masuk ke tabung secara automatik ikut jumlah yang ditetapkan.
So takde dah la isu terlupa atau tunggu rajin baru tabung terisi, secara tak langsung tiba-tiba kita dah jadi auto disiplin.
Nikmati Bonus Harian Tabung
Sepanjang kempen 25 Mei hingga 24 Ogos 2026, pengguna yang buka Tabung dan letak perkataan “BONUS” pada nama Tabung berpeluang dapat ganjaran harian.

Kalau baki harian dalam Tabung tersebut cecah minimum RM850, pengguna akan dapat RM0.10 sehari dimana bonus akan dimasukkan ke Tabung pada keesokan harinya.
Kalau kita konsisten sepanjang kempen, jumlah keseluruhan bonus dari satu Tabung boleh mencecah RM9.20.
Nampak macam kecik je bila tengok RM0.10 sehari. Tapi bila kira balik, kadar pulangan tu bersamaan dengan 4.29% setahun, nilainya lebih tinggi dari pulangan yang ditawarkan oleh platform lain.
So kalau ada duit yang tak terusik dalam bank tu, ini antara cara terbaik untuk letak simpanan di tempat yang berikan pulangan tambahan serta mudah akses.
Selain itu, ada juga peluang untuk menang cabutan bertuah bernilai RM50 untuk 2,000 pengguna terpilih bila tambah dana minimum RM200 dari bank lain atau e-wallet dengan meletakkan “Bonus” pada recipient reference.

So tak perlu pun tunggu gaji dah besar baru nak mula urus duit betul-betul. Dengan adanya Tabung MAE ni, dari sekarang kita dah boleh mula susun duit ikut keperluan sendiri.
Mula-mula mungkin tak biasa tapi bila dah nampak simpanan semakin bertambah, kita sendiri jadi seronok sampai nanti jadi sayang nak usik.
Nak cuba sendiri atau tengok syarat penuh kempen, boleh semak maklumat lanjut di sini.
MAE Tabung adalah produk konvensional dan Tabung Daily Bonus adalah kempen konvensional.
