Tiap Kali Musim Mengundi Pasti Ada Pihak Bagi Duit, Apa Hukumnya Mengikut Islam?

Politics
12 Aug 2023 • 10:20 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu ini bukanlah niat kami untuk tuju pada mana-mana parti politik tapi kita sebagai rakyat boleh lihat sendiri ia berlaku. Lihat sahaja perkongsian video di TikTok di mana ada sesetengah kempen menunjukkan seseorang sedang mengagihkan kertas wang ringgit kepada mereka yang hadir.

Jom lihat perkembangan terkini jumlah kerusi PRN di enam buah negeri di SINI. #PRN2023

Jadi ini rasuah atau macam mana? Untuk menjawab soal ini, Ohmedia kongsikan jawapan dari penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang dengan tegas menjelaskan haram hukumnya bagi individu memberi dan menerima wang untuk mengundi dirinya bagi sesuatu kempen.

Yang tukang bagi pitis (duit) untuk rasuah, yang tukang makan (penerima) rasuah, semuanya dalam neraka. Tidak kira siapa, Agong, Sultan, Menteri atau wakil rakyat.

Kalau sesiapa rasuah, dalam api nerakalah tempatnya. Ini bukan Ustaz, Maulana atau Syeikh kata, ini Nabi yang bagitahu.

Dalam pada itu, UAI menyarankan untuk setiap individu beragama Islam yang akan pergi mengundi untuk buat solat Istikharah bagi memilih calon wakil rakyat.

Nabi kata, apa-apa yang meragukan kamu hendaklah dibuat solat Istikharah bagi memilih pemimpin yang terbaik dan bukannya suka menipu.

Contoh pemimpin yang baik adalah seperti zaman sahabat Nabi dahulu. Bila susah mereka akan susah bersama-sama, bila akan senang bersama-sama rakyat.

Bukan mereka senang, tapi rakyat yang susah. Itu pemimpin zalim

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit pemahaman kepada kita semua. Selamat mengundi dan pilihlah wakil rakyat yang benar-benar boleh memimpin.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved