‘Tiap Kali Pergi Mesti Baris Panjang’, Netizen Mohon McDonald’s Buka Satu Lagi Cawangan Di Sibu

20 Aug 2023 • 2:17 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Wahai McDonald’s Malaysia…boleh tak buat satu Drive Thru untuk Sibu….”

‘Tiap Kali Pergi Mesti Baris Panjang’, Netizen Mohon McDonald’s Buka Satu Lagi Cawangan Di Sibu. McDonald’s merupakan salah satu restoran cepat saji yang paling popular di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Namun, di Sibu, Sarawak, hanya terdapat satu cawangan McDonald’s yang menyebabkan barisan panjang setiap kali ada menu baru diperkenalkan.

image is not available
‘Tiap Kali Pergi Mesti Baris Panjang’, Netizen Mohon McDonald’s Buka Satu Lagi Cawangan Di Sibu

Hampir setiap hari pelanggan McDonald’s Sibu kena berbaris panjang

Menerusi hantaran di Facebook, rata-rata netizen meminta untuk membuka satu lagi cawangan di Sibu seperti DriveThru.

Di Sibu, hanya ada satu sahaja cawangan McDonald’s, dan setiap kali ada menu baru diperkenalkan, barisan panjang mengalahkan tembok besar China di restoran tersebut.

image is not available

Banyak sangat pesanan dari pelanggan, servis pun jadi lambat

Sampaikan ada yang menawarkan perkhidmatan runner dari Sarikei ke Sibu untuk memenuhi permintaan pelanggan yang tidak mahu beratur panjang. Bukan Sarikei sahaja, pelanggan dari Kapit, Song, Sarikei, Julau, Selangau, dan Kanowit juga singgah ke tempat tersebut.

Akibat banyak permintaan dan pesanan dari pelanggan, maka perkhidmatan di McDonald’s Sibu juga semakin lambat. Nak tunggu giliran pun mengambil masa berjam-jam.

image is not available

image is not available

Diharapkan McDonald’s Malaysia akan mempertimbangkan permintaan netizen ini dan membuka satu lagi cawangan di Sibu untuk mengurangkan kesesakan dan memudahkan pelanggan.

Baca lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: