Tiap Malam Menangis, Lydia Rosli Serius Nak Kahwin Tapi Tyzo Xander Dah Biasa Hidup Bujang

Entertainment
30 Jul 2024 • 10:44 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
tyzo xander

Anak kepada aktres veteran Normah Damanhuri, Lydia Rosli tampil memberi kenyataan ‘berani’ apabila mengakui ingin mengahwini penyampai radio popular, Tyzo Xander.

Katanya, dia pernah menangis setiap malam mengenangkan perasaan cintanya itu. Tetapi kini ianya kian pudar selepas Tyzo tidak mempunyai perasaan yang sama.

Memberi respon, Tyzo berkata, dia agak terkejut kerana Lydia terbuka berkongsi mengenai perasaannya kepada media.

Jelas Tyzo lagi, dia sebenarnya sudah tahu mengenai perasaan cinta Lydia terhadapnya kerana sudah berbincang berdua mengenai hal itu.

Namun, penyampai radio ini memerlukan masa untuk berfikir ke arah berkahwin kerana sudah terbiasa hidup bujang.

image is not available

Jelas Tyzo, Lydia banyak membantunya dalam selok belok perniagaan. Malah, seluruh ahli keluarga Tyzo juga kenal rapat dengan Lydia.

Saya hormati perasaan (cinta) Lydia itu, tetapi saya perlukan masa lagi untuk berfikir dengan teliti mengenai perkahwinan kerana sudah lama hidup bersendiri. Saya dah terbiasa membujang selama ini.

Tyzo berkata lagi, buat masa sekarang dia mahu fokus kepada karier penyampai radio di IKIMfm yang masih dalam fasa bertatih.

Bukanlah saya tiada hasrat nak berkahwin suatu hari nanti, cuma sekarang bukan masanya lagi.

Penyampai ini berharap orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua.

Difahamkan, Lydia yang merupakan adik kepada usahawan Liana Rosli berstatus ibu tunggal kepada empat orang anak.

image is not available

Jap!