
Beliau dijangka tiba di Lawas Waterfront sekitar pukul 4.00 petang hari ini
Tiba Di Lawas Hari Ini, Agong Bakal Mulakan Perjalanan Ke Sarawak Mulai Sabtu Ini. Lawas, sebuah daerah yang menjadi tempat singgahan pertama bagi pasangan diraja, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah di Sarawak pada hari ini.
Pasangan diraja ini telah memulakan konvoi Kembara Kenali Borneo di Sabah dan bakal memulakan perjalanan mereka di Sarawak mulai Sabtu ini (9 September 2023).

Anda boleh lihat jalur lawatan yang bakal dijalankan sepanjang di Sarawak
Beliau dijangka tiba di Lawas Waterfront sekitar pukul 4.00 petang hari ini. Sebelum berangkat ke Sarawak, beliau bakal singgah ke Brunei untuk 2 hari iaitu Khamis dan Jumaat.
Mulai Sabtu ini (9 September 2023) beliau bakal bertolak dari Brunei dan tiba di Miri sekitar 11.30 pagi. Anda boleh lihat jalur lawatan yang bakal dijalankan sepanjang di Sarawak:
Laluan kembara Borneo (Sarawak)
Hari ketujuh (Sabtu, 9 September 2023)
- 09.00am: Bertolak dari Brunei
- 11.30am: Tiba di Miri Handicraft Centre
- 12.15pm: Singgah Coco Cabana (santap tengahari dan aktiviti kraftangan)
- 02.00pm: Check-in Miri Marriot Resort dan Spa
- 04.00pm: Singgah Kampung Pangkalan Lutong (minum petang bersama komuniti)

Hari kelapan (Ahad, 10 September 2023)
- 09.00am: Bertolak
- 09.30am: Tiba di Pantai Bungai Bekenu (Aktiviti bermukun, sukan dan kenduri rakyat dan santap tengahari)
- 03.00pm: Tiba di Kampung Penan Muslim, Bintulu (solat dan bantuan asnaf)
- 04.30pm: Check in di Park City Everly Hotel
Hari kesembilan (Isnin, 11 September 2023)
- 09.00am: Bertolak
- 10.00am: Singgah Rumah Panjang Raymond Plen (Memasak, santap tengahari dan memancing)
- 02.00pm: Singgah solat di Tatau
- 04.00pm: Tiba di Tokong Yu Lung San Tian En Si (bergambar Pan Borneo)
- 05.30pm: Check in RH Hotel
- 08.00pm: Santapan malam bersama komuniti di Dewan MUC

Hari kesepuluh (Selasa, 12 September 2023)
- 08.30am: Singgah Pasar Central Sibu (Lawatan dan santap pagi)
- 12.30pm: Solat di Masjid Bandar Sri Aman (Singgah Fort Alice dan santap tengahari)
- 03.00pm: Tiba di Sabal Forest Reserve, Simunjan (Menanam pokok)
- 04.45pm: Check in di Pullman Hotel, Kuching
- 08.30pm: Majlis penutup dan santapan malam kerajaan negeri di Pullman
Hari kesebelas (Rabu, 13 September 2023)
- 08.00am: Bertolak dari Kuching
- 10.00am: Tiba di Telok Melano
- 11.00am: Singgah ke Sematan (santap tengahari)
- 02.00pm: Tiba di Pullman Kuching
- 03.30pm: Bertolak ke Kuching International Airport
- 04.30pm: Bertolak ke PU Subang


