“Tiba-Tiba Dapat Surat Saman..” – Intan Saleh Nafi ‘Lari’, Izreen Azminda Yang Tak Respon Bila Ajak Berjumpa?

13 Jun 2023 • 11:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, kemelut diantara pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Saleh hingga ke hari ini boleh dikatakan belum selesai biarpun masing-masing sudah bahagia dengan keluarga sendiri.

Baru-baru ini, Intan Saleh memaklumkan dirinya secara tiba-tiba menerima surat saman daripada pihak Izreen dan dia pun telah membalas semula surat saman tersebut.

Bagaimanapun, menurut pempegaruh tersebut, sehingga ke hari ini pihak aktres berkenaan tidak memberi sebarang respon dan tiada perkembangan terkini.

Intan turut mengakui bahawa dia tiada sebarang masalah jika mahu berjumpa pelakon tersebut serta suaminya, Ude Wahid bagi menyelesaikan konflik yang berlaku diantara mereka.

Memang dah ajak ‘jom, bagi tempat dan bila..’ saya dan suami sudah bersedia untuk bertemu empat mata bagi menyelesaikan dengan cara baik tapi tiada maklum balas.

Dalam pada itu, dapat dilihat dalam hantaran status di Instagram Story Intan baru-baru ini, dia memberi nasihat secara umum agar henti untuk menunding jari kepada pihak lain.

image is not available

image is not available 5 bulan lalu

"Dah Beranak Pinak, Apa Lagi Tak Puas Hati Ni?" - Intan Saleh Nafi Elak Jumpa Izreen Azminda

View Original Article