“Tiba-Tiba Je Tutup, Kantoi Ke?” – Restoran Nasi Ayam Claypot ‘Viral’ Didakwa Guna ‘Rice Wine’ Dalam Resipi?

Food
8 Sep 2023 • 1:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini kisah mengenai restoran yang menyediakan nasi ayam periuk tanah ‘laku keras’ setelah ia menjadi tular di media sosial TikTok.

Restoran tersebut difahamkan sudah beroperasi sejak 20 tahun yang lalu dan mempertaruhkan nasi ayam di dalam ‘claypot’ sebagai menu kegemaran pelanggan sejak zaman berzaman.

Namun, muncul dakwaan daripada beberapa individu yang mengatakan bahawa resipi tersebut menggunakan ‘rice wine’ selain minyak bijan dalam makanan tersebut.

Pendedahan tersebut ternyata telah membuatkan netizen terutamanya yang beragama Islam terkejut dan tidak menyangka restoran berkenaan menggunakan bahan tidak halal memandangkan pengusahanya adalah seorang muslim.

Kata seorang netizen ini, dia yang merupakan seorang cina muslim mengesahkan bahan tambahan daripada jenama Hua Tiao Chew Rice Wine itu mengandungi 16% alkohol di dalamnya.

image is not available

Sumber : TikTok  

 

Malah, ada pelanggan bukan muslim restoran tersebut turut mengesahkan perkara yang sama.

Menjengah ke ruangan media sosial restoran itu di Instagram, difahamkan mereka telah menutup sementara waktu bagi tujuan kerja-kerja penambahbaikan.

image is not available

Sumber : TikTok  

image is not available

Sumber : TikTok  

Susulan daripada penutupan restoran itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan mereka yang seolah-olah ingin ‘menutup mulut’ gara-gara kantoi menggunakan ‘rice wine’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

(VIDEO) "Ni Baru Ikon Penyusuan.." - Susu Badan Rita Sosilawati 'Meriah' Berpeti-peti, Yang Perlu Boleh Datang Ambil