‘Tiba-tiba’ Muncul Tengah Padang Pasir, Kisah Bagaimana ‘Oasis’ Terbentuk Pernah Gemparkan Penduduk UAE

30 Aug 2022 • 9:29 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

‘Tiba-tiba’ Muncul Tengah Padang Pasir, Kisah Bagaimana ‘Oasis’ Terbentuk Pernah Gemparkan Penduduk UAE

Anda pasti tidak menyangka untuk melihat sebuah tasik wujud di tengah-tengah padang pasir. Tetapi itulah yang berlaku di Emiriah Arab Bersatu (UAE), apabila sebuah tasik tiba-tiba muncul dan menggemparkan penduduk pada 2012 di Al-Ain.

Jika anda memandu melalui jalan di UAE yang panas dan dikelilingi hanya padang pasir, apa yang anda temui biasanya hanyalah batu-batu dan bukit pasir yang merah. Mungkin juga hanya ada beberapa pokok atau pokok renek sepanjang jalan berpasir itu.

Kemudian, tiba-tiba terlihat satu kawasan biru yang terang kelihatan. Bagi banyak pihak, kewujudan tasik ini mungkin suatu keajaiban, tetapi sebenarnya tidak pun.

Bagaimana oasis ini terbentuk?

Menurut Dave Clark, pakar hidrologi dari Amerika Syarikat Geological Survey yang bekerja di UAE, berkata tasik ini sebenarnya mula ‘menampakkan diri’ sejak beberapa tahun sebelumnya.

“Anda mendapati orang tempatan di sini terpesona dengan kewujudan tasik tersebut. Air di padang pasir, sudah semua orang gembira. Tetapi mereka mungkin tidak tahu, tasik ini muncul kerana tangan-tangan mereka juga, secara harfiahnya” kata Dave.

Dave kemudian berkongsi pendapatnya bagainama tasik tersebut terbentuk.

Katanya, terdapat sebuah loji penyahgaraman yang terletak betul-betul berdekatan pantai yang ‘menarik’ air masin dari Teluk Parsi dan memproseskannya menjadi air bersih yang boleh digunakan. Air yang telah diproses ini kemudiannya dipam sejauh 150 batu ke bandar Al Ain.

Penduduk di sana menggunakan air tersebut untuk pelbagai tujuan seperti mandi, minum dan sebagainya. Air sisa ini seterusnya dialirkan ke kawasan longkang perumahan masing-masing.

“Ia kemudian mengalir ke loji rawatan kumbahan dan kemudian akan dirawat, dan ‘diangkut’ semula ke bandar untuk kegunaan menyiram pokok-pokok yang ada di taman-taman dan sebagainya. Air ini meresap ke dalam tanah dan menjadi air bawah tanah,” kata Dave lagi.

Air bawah yang terkumpul ini seterusnya membentuk kawasan tasik di padan pasir, seperti yang muncul di banda Al Ain. Pasir-pasir ini bertindaks sebagai penapis dan menjadikan airnya bersih.

Kemudian air tersebut akan berakhir di padang pasir, tidak jauh dari bandar Al Ain, dengan menapis air dari tanah dan menjadikan air itu bersih.

Namun begitu, kehadiran tasik ‘buatan manusia’ itu turut membimbangkan pengkaji serangga. Brigitte Howarth, seorang ahli ekologi dari Universiti Zayed berkata pembentukan tasik tersebut berisiko memberi kesan kepada kehidupan yang ada di kawasan padang pasir yang kering itu.

“Hanya kerana beting pasir kelihatan agak tandus tidak bermakna ianya kering. Ianya penuh dengan kehidupan,” kata Howarth.

Katanya lagi, serangga yang berkembang dalam persekitaran yang sukar dan gersang seperti padang pasir mungkin tidak dapat bertahan apabila ia tiba-tiba berubah menjadi kawasan berair. Misalnya, habitat lalat midas yang ditemui buat pertama kali pada 2010.

image is not available
Kredit Brigitte Howarth

Lalat midas bergantung pada pasir kering dan gembur untuk bertelur. Tetapi apabila kawasan berpasir menjadi kawasan berair, ia mungkin akan menjejaskan pembiakan lalat tersebut di masa hadapan.

Sumber: NPR