“Tiba-Tiba Pesawat Terjunam” – Pelajar Malaysia Kongsi Detik Cemas Tragedi Pesawat SIA, Sempat Pakai Tali Pinggang

24 May 2024 • 12:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang penumpang berasal dari Malaysia tampil berkongsi saat cemas ketika berada dalam pesawat Singapore Airlines (SIA) SQ321 dari London ke Singapura baru-baru ini.

Dazfran Azmir yang merupakan pelajar memaklumkan dia berdepan detik mengerikan itu sebelum pesawat melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Survanabhumi, Bangkok.

Menurut Dzafran, keadaan gelora udara ‘turbulent’ yang kuat telah membuatkan pesawat tidak stabil dan bergegar dahsyat.

Dia hanya mampu memeriksa pemakaian tali pinggang keledar meskipun penumpang lain tidak berbuat demikian.

Tiba-tiba, kapal terbang terjunam dan mereka yang tidak berhati-hati jatuh daripada tempat duduk masing-masing sehingga ada yang terangkat ke siling pesawat sehingga remuk.

Saya melihat orang dari seberang lorong mendatar sepenuhnya, terangkat ke siling dan mendarat kembali ke bawah dalam kedudukan yang agak janggal. Penumpang seperti mengalami luka besar di kepala dan gegaran otak.

Krew dan individu yang berada dalam tandas merupakan yang paling terkesan kerana setelah mendarat, mereka terbaring akibat hentakan kuat di kepala dan tulang belakang.

Media sebelum ini melaporkan pesawat SIA itu tidak menerima sebarang amaran sebelum mengalami gelora udara (turbulent) yang kuat.

image is not available

Kejadian itu turut mengorbankan seorang penumpang, serta 30 lain mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Samitivej Srinakarin, Bangkok, Thailand.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Zaman Sekarang Jodoh Susah Nak Cari" - Ustaz Don Daniyal Beri Pendapat Isu Umat Islam Sertai 'Speed Dating'